BANTUAN MUSIM SEJUK GAZA SYRIA YEMEN PAKISTAN BANGLADESH KASHMIR

Dianjurkan oleh:
GLOBAL RELIEF TEAM
Dimulakan pada:
20 Jan, 2026
BANTUAN MUSIM SEJUK GAZA SYRIA YEMEN PAKISTAN BANGLADESH KASHMIR
2.16%
RM1,080
/RM50,000
51
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Selimut dan pakaian tebal masih belum cukup, malam-malam sejuk terus meragut nyawa. Tempoh kritikal ini singkat, derma sekarang sebelum musim sejuk berakhir dan peluang menyelamatkan mereka terlepas.

Di banyak negara yang GRT bantu seperti Gaza, Syria, Yaman, Pakistan, Bangladesh dan Kashmir, suhu musim sejuk boleh turun sehingga paras membahayakan nyawa, terutama untuk kanak-kanak dan warga emas. Khemah pelarian tidak kalis air, lantai hanya beralas plastik nipis, dan ramai tidak mampu membeli selimut, pakaian tebal atau bahan bakar untuk pemanas.

Setiap tahun, ribuan keluarga terpaksa memilih antara makanan atau kehangatan kerana kos yang meningkat dan krisis ekonomi berpanjangan. Dalam keadaan ini, sedikit bantuan daripada rakyat Malaysia boleh menjadi pemisah antara hidup dan mati pada malam-malam paling sejuk.

Melalui kerjasama GRT Malaysia dan GRT UK, bantuan anda akan disalurkan kepada keluarga paling terkesan di:

Gaza / Palestin

Di Gaza, keluarga bukan sahaja berdepan serangan dan sekatan, bahkan juga musim sejuk yang datang ketika rumah mereka telah hancur atau rosak teruk. Mereka tinggal di khemah, bangunan runtuh dan sekolah yang sesak, tanpa pemanas dan selimut mencukupi. Musim sejuk menjadikan kanak-kanak, ibu dan warga emas antara paling berisiko kerana kesejukan datang bersama kelaparan dan penyakit.

Syria

Syria sudah lebih sedekad tenggelam dalam konflik dan krisis pelarian. Ramai keluarga kini tinggal di kem pelarian di kawasan berbukit dan bergunung yang menerima salji, hujan lebat dan angin kuat. Khemah nipis tidak mampu menahan air dan angin, menyebabkan ramai tidur di lantai yang basah dan sejuk, dengan pakaian yang tidak sesuai untuk musim dingin.

Pakistan

Di Pakistan, musim sejuk khususnya di kawasan pergunungan sangat menggigit, dengan suhu turun ke paras beku. Dalam masa yang sama, ramai keluarga masih belum pulih daripada banjir besar dan krisis ekonomi. Sumbangan musim sejuk akan membawa kehangatan kepada keluarga di Pakistan yang tidak mampu membeli selimut, pakaian tebal dan bahan bakar.

Afghanistan

Afghanistan terkenal dengan musim sejuk yang sangat ekstrem, terutama di kawasan berbukit dan luar bandar. Salji tebal, suhu di bawah sifar dan akses terhad kepada perubatan menjadikan kesejukan satu ancaman besar. Dalam konteks krisis kemiskinan dan politik yang berpanjangan, ramai keluarga tidak mampu membeli bahan bakar, pemanas atau pakaian tebal, lalu bergantung sepenuhnya kepada bantuan luar.

Bangladesh

Bantuan Tiba di Bangladesh

Bangladesh juga mengalami musim sejuk yang menjejaskan terutamanya kawasan miskin di utara dan komuniti pelarian yang tinggal di penempatan terbuka. Rumah-rumah mereka sering dibina daripada bahan ringan yang tidak mampu menahan angin dan hujan sejuk, menyebabkan ramai kanak-kanak dan warga emas jatuh sakit.

Kashmir

Di Kashmir, musim sejuk membawa salji lebat, suhu bawah sifar dan hidup yang sangat mencabar untuk keluarga miskin serta komuniti yang terpinggir. Rumah-rumah mereka tidak berpenebat, bahan bakar mahal dan ramai tidak mampu memiliki pakaian tebal atau selimut yang cukup.

Setiap pek bantuan musim sejuk dirancang untuk memberi kelegaan segera dan kehangatan yang cukup untuk sebuah keluarga meneruskan musim sejuk dengan lebih selamat.

GRT Malaysia bekerjasama terus dengan HQ GRT UK yang mempunyai rangkaian rakan di lapangan, gudang dan pasukan agihan di negara sasaran.

Proses kutipan dan agihan:

1. Dana dikumpul melalui Sumbangan.com & akaun rasmi GRT Malaysia.

2. Dana disalurkan ke GRT UK mengikut prosedur dalaman dan keperluan pematuhan.

​3. GRT UK membeli pek bantuan di negara sasaran (kurang kos logistik, lebih cepat sampai).

​4. Pasukan lapangan GRT mengagih kepada keluarga terpilih, keutamaan kepada keluarga dengan ramai anak, ibu tunggal, warga emas dan OKU.

Setiap sumbangan direkod, dan laporan ringkas serta visual agihan akan dikongsikan di media sosial GRT Malaysia sebagai bukti amanah. Musim sejuk tidak menunggu. Setiap hari yang telah berlalu bermakna malam yang panjang dan sangat sejuk untuk keluarga di khemah dan rumah yang rosak.

Dengan sumbangan hari ini, anda bukan sahaja menghantar selimut atau makanan, anda menghantar harapan, kelegaan dan doa agar mereka tidak kesejukan lagi.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 06, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 03, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 03, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ PEMBELIAN TAMBAHAN SPEAKER DALAMAN BARU SURAU AS-SYABAB
INFAQ UBAHSUAI BUMBUNG DAN PEMASANGAN SILING SURAU ARRIYADURROHMAN
KEMPEN MENAIKTARAF MASJID KG RUMDENG KEMBOJA
DANA PEMBINAAN MASJID AL KARIIM
BAIK PULIH KELENGKAPAN SURAU AL-ARASY AL-MUTTAQIN SARAWAK
Kempen Sumbangan Tamat